Soalan Lazim | IFCM Malaysia
Broker CFD Dalam Talian IFC Markets

Soalan Lazim

Dalam tempoh pengenalan produk dan perkhidmatan kami anda boleh bertanyakan sebarang persoalan yang dihadapi. Di sini anda boleh dapati jawapan bagi soalan lazim yang ditanyakan.

Syarat dagangan

Halaman ini bertujuan untuk membekalkan jawapan kepada soalan mengenai syarat dagangan bersama IFC Markets. IFC Markets merupakan peneraju syarikat kewangan yang memberikan perkhidmatan di dalam pasaran Forex dan CFD.

Platform Dagangan

Bahagian ini membekalkan maklumat mengenai platform dagangan, ia mengandungi jawapan untuk soalan, seperti apa perbezaan NetTradeX dan MetaTrader?

Pemindahan wang

Di sini anda boleh dapati jawapan untuk semua soalan mengenai pemindahan wang di dalam sistem kami. merupakan peneraju syarikat kewangan yang memberikan perkhidmatan di dalam pasaran Forex dan CFD.

Soalan umum

ADi halaman ini kami memperkenalkan senarai soalan dimana anda boleh mencari jawapan untuk persoalan mengenai dagangan forex, termasuk jenis broker IFC Markets, adakah ia mengikut piawaian, dan lain-lain.
Jika anda tidak menjumpai jawapan untuk soalan anda, sila, hubungi kami.

Syarat dagangan

Perlukah saya membayar sebarang komisi?

Satu-satunya komisi yang anda perlu bayar – ia merupakan komisi membuka dan menutup kedudukan CFD pada saham. Saiz komisi bergantung pada bursa saham dan bersamaan 0,1% isi padu kedudukan. Untuk saham, yang didagangkan dalam bursa saham AS, komisi bersamaan $0.02 bagi setiap saham. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut komisi ketika berdagang CFD saham di Senarai Komisi.

Berapakah nilai deposit permulaan?

Minimum saiz deposit bergantung pada pilihan jenis akaun dagangan .

Untuk akaun NetTradeX Beginner dan MetaTrader 4 dan 5 Micro tiada minimum deposit.

Untuk akaun Standard dalam NetTradeX bersamaan 1000$. Untuk akaun Standard dalam MT4 dan MT5 - 1000$ bagi akaun dolar, 1000€ untuk akaun dalam euro dan 100 000? untuk akaun yen.

Apakah jenis-jenis akaun sebenar yang ditawarkan oleh IFC Markets?

Kami menawarkan jenis akaun dagangan Real berikut untuk setiap platform dagangan:

  • NetTradeX - Beginner-Fixed, Standard-Fixed, Beginner-Floating, Standard-Floating akaun;
  • MetaTrader 4 - Micro-Fixed dan Standard-Fixed akaun;
  • MetaTrader 5 – Micro-Floating dan Standard-Floating akaun.

Maklumat lanjut boleh didapati di bahagian Akaun Dagangan.

Berapakah nilai deposit permulaan dan had ekuiti semasa?

Nilai deposit permulaan dan had ekuiti bergantung pada jenis pilihan akaun:

empty Deposit pemulaan Ekuiti semasa
NetTradeX Beginner 1 - 3 000 USD 5 000 USD
NetTradeX Standard 1000 USD - Unlimited Unlimited
MetaTrader 4|5 Micro 1 - 3000 USD (EUR) | 100 - 300000 JPY 5 000 USD(EUR) | (500 000 JPY)
MetaTrader 4|5 Standard 1000 USD (EUR) - Unlimited
100 000 JPY - Unlimited
Unlimited

Berapakah isi padu dagangan yang ditawarkan?

IFC Markets menawarkan pelbagai isi padu dagangan bagi pelbagai alatan dagangan dan jenis akaun. Isi padu yang dibenarkan turut dihadkan oleh margin bebas akaun anda.

Di platform dagangan NetTradeX isi padu ditetapkan dalam unit mata wang asas atau aset, di MetaTrader 4 dan 5 - dalam lot.

Terutamanya, dalam NetTradeX untuk akaun Beginner minimum isi padu bagi pasangan mata wang bersamaan 100 unit mata wang asas, dengan tick 0.01 unit. Misalnya, Anda membuat transaksi dalam EURUSD dengan isi padu 124.64 euro.

Maklumat lanjut mengenai minimum dan maximum isi padu dagangan boleh dapati di bahagian Isi padu dagangan untuk platform dagangan NetTradeX dan MetaTrader 4 dan 5.

Berapakah Leverage yang ditawarkan IFC Markets?

IFC Markets menawarkan saiz berikut Leverage:

Jenis Akaun
Leverage
Margin
NetTradeX Demo
1:1 - 1:400
> 0,25%
NetTradeX Beginner
1:1 - 1:400
> 0,25%
NetTradeX Standard
1:1 - 1:200
> 0,5%
MetaTrader 4, 5 Demo
1:1 - 1:400
> 0,25%
MetaTrader 4,5 Micro
1:1 - 1:400
> 0,25%
MetaTrader 4,5 Standard
1:1 - 1:200
> 0,5%

Untuk akaun MetaTrader 4 dan 5 leverage bagi dagangan CFD pada saham sentiasa bersamaan 1:20 (margin 5%). Untuk akaun NetTradeX Leverage bagi dagangan CFD pada saham bersamaan 1:20, jika Leverage akaun 1:20 atau lebih, atau bersamaan Leverage akaun dagangan, jika kurang dari 1:20.

Serta, untuk CFD pada komoditi niaga hadapan bagi akaun MetaTrader 4 dan 5 Leverage tetap pada 1:20 (Margin 5%). Manakala, untuk CFD berterusan pada komoditi Leverage bersamaan Leverage akaun dagangan.

Saya memiliki akaun dalam USD. Bolehkah saya mengubah mata wang?

IFC Markets menawarkan pelanggannya akaun dalam mata wang dolar AS, euro dan yen Jepun. Anda tidak boleh mengubah mata wang akaun Anda, namun anda boleh membuka akaun lain dalam mata wang lain. Kemudian, Anda boleh memindahkan dan dari akaun lama ke akaun baru.

Bolehkah saya mengubah saiz Leverage selepas membuka akaun?

Boleh, Anda boleh mengubah saiz Leverage, hanya log masuk ke kabinet peribadi, tersedia fungsi mengubah saiz Leverage.

Adakah anda menawarkan Program Rakan Kongsi?

Ya. IFC Markets menawarkan program rakan kongsi. Ia memiliki dua struktur aras. Dimana, anda berpeluang mendapat komisi tambahan bagi pusingan penuh transaksi pelanggan, sub-IB anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke bahagian Rakan Kongsi.

Bolehkah membuka akaun dalam mana-mana mata wang?

Anda boleh membuka akaun di platform MetaTrader 4, MetaTrader 5 dan NetTradeX dalam dolar AS, euro atau yen Jepun.

Adakah saya perlu membayar untuk membuka akaun?

Tidak, untuk membuka akaun tiada pembayaran dikenakan. Untuk membuka akaun amat mudah, pantas dan semestinya percuma. Anda hanya perlu mendaftar di kabinet peribadi, dimana anda boleh membuka akaun bagi mana-mana platform. Untuk butiran lanjut, sila, pergi ke bahagian Jenis Akaun.

Berapakah bilangan akaun yang boleh dimiliki?

Anda boleh memiliki hanya satu akaun untuk setiap jenis. Jenis bergantung pada parameter berikuts: Real/Demo, platform dagangan, jenis akaun Beginner, Micro, Standard Fixed/Floating), mata wang, netting/hedged.

Cth. anda tidak boleh membuk dua akaun Real USD Nettradex Beginner Fixed, namun Anda boleh membuka akaun Real NetTradeX Standard Fixed USD dan akaun Real NetTradeX Beginner Fixed USD.

Secara keseluruhan Anda boleh membuka 6 akaun Real MT4, 6 akaun Real MT5 dan 12 akaun Real Nettradex

Apakah dokumen yang diperlukan untuk pengesahan profile?

Anda perlu memberikan: Pasport, atau Lesen Memandu, atau kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain-lain dan bukti alamat tidak lebih dari 6 bulan. Dokumen berikut boleh dikirim didalam bentuk gambar atau salinan berwarna.

Mengapakah saya perlu mengesahkan profile saya?

Selepas mengesahkan profile anda boleh melakukan deposit melalui kad bank dan pengeluaran pemindahan bank.

Adakah diterima dokumen bukan dalam bahasa Inggris?

Seperti diketahui, kami menerima dokumen dalam pelbagai bahasa. Namun kami memiliki hak untuk meminta dokumen dalam bahasa Inggeris atau tafsiran dokumen berikut.

Alamat manakah perlu disertakan dalam profile?

Anda perlu menyertakan alamat anda, yang boleh digunakan untuk pembayaran peribadi melalui dokumen – yang dikenali sebagai alamat pembayaran.

Apakah saiz Leverage yang disarankan?

Kebiasaanya di dalam pasaran Forex, 1:100 merupakan leverage yang paling optimum untuk dagangan.

Apakah jenis Spread yang ditawarkan

IFC Markets menyediakan spread tetap dan terapung untuk semua kumpulan instrumen. Spread tetap terendah ialah 1.8. dan spread terapung terendah daripada 0.4. Untuk CFD Saham, spread sepadan dengan dagangan bursa saham sebenar.

Spesifikasi Alatan:

Pasangan Mata wang

Logam Berharga

CFD Berterusan pada Indeks

CFD pada Saham

CFD Berterusan pada Komoditi

Alatan Emas

Koleksi PCI

Apakah dimaksudkan oleh Margin pendek (stop-out)?

Situasi margin singkat berkemungkinan berlaku, apabila nisbah baki terhadap nilai margin mencapai 10%, mnegambil kira untung/rugi kedudukan terbuka. Bila berlakunya short margin?, ia akan berlaku apabila aras margin bersamaan 10%, dan secara tidak langsung kedudukan akan ditutup, bermula dari kedudukan yang paling tinggi kerugian.

Adakah IFC Markets menawarkan isyarat dagangan?

Tidak, kami tidak membekalkan isyarat dagangan. Namun pelanggan yang menggunakan akaun MT4 atau di MT5 boleh menggunakan isyarat dagangan daripada perkhidmatan Metaquotes.

Adakah IFC Markets menawarkan akaun Demo percuma?

Ya, IFC Markets menawarkan akaun demo percuma untuk kedua-dua platform NetTradeX, dan MetaTrader 4 dan 5. Akaun Demo tidak memiliki tarikh luput.

Apakah jenis alatan yang Saya boleh dagangkan bersama IFC Markets?

Kami menawarkan pelaggan kami, untuk berdagang Pasangan mata wang, logam berharga, Komoditi, Indeks, Saham, alatan emas dan alatan komposit peribadi (PCI). Maklumat lanjut boleh dapati di Spesifikasi alatan.

Saya tinggal di AS. Bolehkah saya berdagang bersama IFC Markets?

Tidak. Dengan duka citanya kami kami tidak berkebolehan untuk membuka akaun untuk penduduk AS pada masa ini.

Saya baru dalam dunia Forex. Adakah anda menawarkan bahan pendidikan?

Ya, kami menawarkan bahan pendidikan kepada mereka yang baru mencuburi bidang dagangan. Pendidikan di laman web kami meliputi semua asas dagangan pasaran Forex dan CFD, analisis teknikal dan pelbagai lagi. Selain itu, kami turut menawarkan buku pendidikan yang amat berguna untuk mereka yang baru mula berdagang. Untuk butiran lanjut pergi ke buku dagangan Forex.

Adakah anda menawarkan analisis teknikal?

Ya, IFC Markets menawarkan analisis teknikal. Anda boleh dapati di analisis teknikal.

Anda boleh melakukan analisis teknikal sendiri (dengan petunjuk teknikal dan objek grafik terkemuka) di terminal dagangan yang ditawarkan oleh syarikat kami di PC atau peranti mudah alih dengan sistem, Windows, Аndroid, iOS, MacOS, Windows Phone, Windows Mobile.

Adakah IFC Markets menawarkan Kalendar Ekonomi?

Ya, kami menawarkan kalendar ekonomi percuma, bagi membolehkan anda sentiasa kemas kini dengan data ekonomi terbaru dan peristiwa dari seluruh dunia. Anda boleh dapatinya di Kalendar ekonomi.

Berapakah minimum deposit?

Di IFC Markets tiada had minimum. Minimum pembiayaan akaun bergantung pada kaedah pembiayaan yang dipilih (sistem pemabayran).

Platform dagangan
Adakah terdapat sebarang yuran untuk menggunakan Platform anda?

Penggunaan platform kami sememangnya percuma dan tiada yuran dikenakan.

Bagaimana untuk log masuk ke platform dagangan NetTradeX selepas membukanya di Kabinet Peribadi?

Jika anda ingin mengakses akaun dagangan anda untuk kali pertama (atau dari PC lain), pergi ke Fail di menu utama dan pilih "Tambah daftar masuk sedia ada" daripada konteks menu.

Create Existent Login

Tetingkap dialog "Menambah daftar masuk sedia ada" akan terpapar:

Masukkan log masuk anda (rХХХХХ - untuk akaun Sebenar, atau demoХХХХХХ - untuk akaun Demo) dan tekan «Next».

Add Existent Login

Pilih jenis akaun (Sebenar atau Demo) dan tekan «Next».

Select Account Type

Tandakan ruangan "Hafal kata laluan" (jika anda ingin mnyimpan kata laluan", masukkan kata laluan dan tekan «Next».

Auto Save Box

Selepas membuat log masuk, anda boleh dapatinya di tetingkap "Navigasi", di bahagian "Log masuk". Untuk log masuk ke akaun berikut anda hanya perlu menekan dua kali padanya dan tekan "OK" atau tekan tetikus kanan padanya dan tekan "Sambung" dan "OK".

PERHATIAN: log masuk baru hanya perlu ditambah sekali sahaja di setiap PC, dimana anda mengakses akaun dagangan anda.

Bagaimana untuk menambah alatan tambahan di tetingkap "Sebutan Pasaran" di NetTradeX?

Jika anda tidak menjumpai alatan di tetingkat "Sebutan Pasaran", sila, pergi ke konteks menu tetingkap atau bahagian "Dagangan" di menu utama dan pilih "Alatan". Di tetingkap yang terbuka di bahagian kanan, pilih kumpulan alatan yang anda perlukan "Kesemua Alatan" dan tarik alatan yang diperlukan ke kiri "Digunakan" dengan anak panah atau tetikus. Ketahui lebih lanjut mengenainya di Panduan Pengguna di «Senarai Alatan Kewangan».

Bagaimana untuk membuka tetingkap carta baru di NetTradeX?

Terdapat beberapa kaedah untuk membuka carta baru:

  • Pilih "Dagangan" di menu utama dan pilih "Carta Baru" di konteks menu. Di tetingkap yang terbuka pilih alatan yang anda ingin paparkan cartanya.
  • Tekan tetikus kanan pada alatan dagangan di tetingkap 'Sebutan pasaran", pilih "Carta" di konteks menu dan pilih rangka masa di menu yang terpapar.

Anda boleh kethui lebih lanjut mengenainya di Panduan Pengguna di bahagian Membuka carta baru».

Dimana saya boleh dapati minimum jarak pesanan untuk alatan tertentu di NetTradeX?

Sebelum menetapkan sebarang pesanan, buka "Dagangan" di menu utama dan pilih "Edit senarai alatan" di konteks menu. Di tetingkap "Alatan digunakan" kembangkan kumpulan alatan yang dikehendaki dan tekan pada alatan yang diperlukan. Di "Maklumat mengenai alatan" di sebelah kanan anda boleh dapati maklumat "Min. jarak pesanan" dalam pip. Harus diingati jarak ditetapkan dalam nilai pip terminal, misalnya, untuk kebanyakkan pasangan mata wang pip-nya bersamaan dengan 0.00001 (5 titik perpuluhan), dan untuk pasangan yen – 0.001 (3 titik perpuluhan).

 NTX min order distance

Bagaimana untuk mengurangkan isi padu kedudukan di NetTradeX?

Jika andan ingin mengurangkan isi padu kedudukan anda, anda hanya perlu buka kedudukan bertentangan dengan mod nyah kunci ( di tetingkap "Transaksi" nyah-tanda "kunci") dengan isi padu yang lebih kecil. Tamsilnya:

Anda telah membuka kedudukan Beli pada pasangan EURUSD dengan isi padu 10.000. Ia boleh dikurangkan dengan kedudukan Jual berserta dengan mod nyahkunci dan isi padu yang lebih kecil.

The Volume Reduction

Isi padu asal 10.000 telah dikurangkan kepada 8.000.

What the Volume comes

Apa yang perlu saya lakukan jika platform NetTradeX tidak disambung ke server?

Semak sambungan internet anda. Jika anda tidak boleh menyelesaikan masalah sambungan anda, sila hubungi pengurus LAN atau pembekal internet anda.

Untuk menyambung ke server anda perlu menetapkan sambungan TCP ke salah satu alamat server kami.

Untuk mendapatkan alamat server kami, sila pergi ke Tetapan, kemudian pergi ke tTerminal dan buka tab Site. Di dalam senarai atas anda boleh dapati alamat server Sebenar, manakala di senarai bawah anda boleh dapati alamat server Demo. Jika semua server ditandakan sebagai aktif, anda boleh nyah-aktifkan beberapa daripadanya, dengan memadam tanda di sebelah kanan dan cuba sambung semula. Jika selepas anda melakukan langkah-langkah ini, anda masih tidak boleh sambung, sila hubungi wakil sokongan ISP.


The Network Tab

Sistem operasi mudah alih yang disokong oleh platform anda?

Platform dagangan kami menyokong sistem operasi mudah alih berikut: iOS, Android. Selain itu, platform NetTradeX menyokong Windows Phone dan sistem operasi Windows Mobile.

Platform Dagangan NetTradeX

Platform MetaTrader 4

Platform MetaTrader 5

Dimana Saya boleh semak baki akaun dan sejarah dagangan di MetaTrader 4 dan MetaTrader 5?

Anda boleh semak baki akaun anda di tab "Dagangan" di tetingkap "Terminal". Sejarah dagangan boleh didapati dengan menekan pada tab “Sejarah Akaun” di tingkap yang sama. Anda turut boleh mengubah suai rangka masa sejarah dan dapatkan laporan dengan menekan tetikus kanan di dalam tab "Account History".

Apakah perbezaannya dan platform mana harus dipilih: NetTradeX atau MetaTrader 4 atau MetaTrader 5?

NetTradeX dan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 memiliki ciri-ciri yang sama dan berbeza. Anda boleh bandingkan kedua-dua platform dan pilih yang paling bersesuaian dengan keperluan dagangan anda.

Bolehkan Saya mengguna Expert Advisors atau Robot dengan IFC Markets?

Ya, anda boleh. Kami menawarkan Program dagangan untuk kedua-dua platform NetTradeX dan MetaTrader 4 dan 5. Platform dagangan NetTradeX memiliki terminal dagangan yang membolehkan pengguna untuk melakukan dagangan automatik melalui bahasa NTL+ yang tersedia. Anda boleh muat turun terminal dari laman web kami.

Manakala di MetaTrader 4 turut disediakan peluang untuk membuat dagangan automatik dan analisi teknikal dengan bantuan bahasa pengaturcaraan bersepadu MQL4. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai dagangan automatik di bahagian Program dagangan.

Di platform MetaTrader 5 memiliki peluang dagangan automatik dan analisis teknikal dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan bersepadu MQL5.

MQL4 dan NTL+ bersesuaian satu sama lain, oleh itu advisors, scripts dan petunjuk, yang dibuat melalui bahasa MQL4 di MetaTrader 4, boleh dijalankan di NetTradeX selepas beberapa penukaran kecil, ini kerana perbezaan perpustakaan asas bahasa pengaturcaraan yang berbeza.

Apa itu Trailing Stop? Adakah ia akan dilaksanakan jika Saya di luar sambungan?

Mod Trailing Stop membekalkan mekanisma untuk kemas kini secara automatik, arahan berkaitan Henti Kerugian dengan peraturan berikut: jika keuntungan kedudukan menjadi lebih tinggi daripada jarak yang ditetapkan, araha Henti Kerugian bergerak ke aras dimana perbezaan diantara harga pasaran semasa dan harga pesanan bersamaan dengan jarak berikut. Jika arahan Henti Kerugian tidak ditetapkan, manakala mod Trailing Stop ditetapkan, apabila keuntungan kedudukan bersamaan dengan jarak yang ditetapkan, Henti Kerugian secara automatik ditetapkan pada harga dibuka kedudukan. Di platform NetTradeX mod Trailing Stop beroperasi dalam mod server, dengan kata lain, mod berikut dilaksanakan di server oleh itu ia akan dilaksanakan walaupun server pengguna ditutup.

Saya lupa kata laluan akaun NetTradeX saya. Apa yang perlu saya lakukan?

Jika anda lupa kata laluan akaun Demo, anda boleh membuat permohonan untuk reset-nya di Live Chat, E-mel atau Skype. Ataupun anda boleh membuka akaun Demo baru.

Jika anda lupa kata laluan akaun Sebenar, gunakan borang reset kata laluan.

Bagaimana untuk menghidupkan suapan berita di terminal NetTradeX untuk PC?

Untuk menghidupkan suapan berita, anda perlu perhi ke “Tetapan” di menu utama dan di konteks menu yang terpapar pilih “Terminal.” Di tetingkap "Tetapan terminal dagangan" pilih tab “Berita” dan tandakan “Hidupkan berita.”

Adakah terdapat sebarang had alatan dagangan yang disediakan bergantung pada platform dagangan?

Pasangan mata wang, logam berharga, Indeks berterusan dan CFD Komoditi, CFD pada saham AS, Jerman, Inggeris, Russia, Australia, Jepun dan China, alatan Emas terdapat dikedua-dua platform. Namun peluang untuk membuat alatan komposit peribadi (PCI) dan mengunakan alatan daripada koleksi PCI hanya boleh didapati di platform NetTradeX.

Bagaimana untuk meletakkan pesanan/arahan tertunggak di NetTradeX?

Terdapat beberapa kaedah untuk menetapkan pesanan tertunggak:

  • Pilih "Dagangan" daripada menu utama dan tekan pada "Pesanan".
  • Tekan tetikus kanan pada alatan kewangan yang dikehendaki di tetingkap "Sebutan Pasaran" dan pilih "Pesanan" di konteks menu yang terpapar.
  • Tekan tetikus kanan pada tetingkap "Carta" alatan kewangan yang dikehendaki dan pilih "Pesanan" daripada konteks menu.
  • Di tetingkap "Kedudukan terbuka", "Bilangan kedudukan terbuka" dan "Pesanan" tekan tetikus kanan pada kedudukan (pesanan) alatan kewangan yang dikehendaki dan pilih "Pesanan" daripada konteks menu yang terpapar.
Bagaimana untuk padam dan ubah kedudukan tertungak di NetTradeX?

Untuk memadam pesanan di tetingakp "Pesanan" tekan tetikus kanan pada pesanan yang dikehendaki dan pilih "Padam" daripada konteks menu.

Untuk mengubah pesanan yang ditetapkan terdahulu di tetingkap "Pesanan" tekan tetikus kanan pada pesanan yang dikehendaki dan tekan "Edit" daripada konteks menu yang terkeluar. Tetingkap dialog "Pesanan" akan terbuka, dimana anda boleh mengubah mana-mana parameter pesanan.

Bagaimana untuk meletakkan pesanan pasaran di NetTradeX?

Anda boleh menetapkan pesanan/arahan Pasaran melalui tetingkap dialog "Transaki". Tetingkap dialog berikut boleh dibuka dengan kaedah berikut:

  • Tekan dua kali pada pasangan mata wang di tetingkap “Sebutan pasaran";
  • Tekan tetikus kanan pada carta alatan kewangan dan pilih "Transaki" daripada konteks menu;
  • Tekan tetikus kanan pada alatan kewangan di tetingkap "Kedudukan terbuka", "Bilangan kedudukan terbuka", dan "Pesanan"; di konteks menu terbuka pilih "Transaksi";
  • Pilih “Dagangan” daripada menu utama dan pilih “Transaksi”.
Bagaimana untuk meletakkan pesanan tertunggak di MetaTrader 4, 5?

Terdapat beberapa kaedah untuk menetapkan pesanan:

  • Pilih "Tools" daripada menu utama dan pilih "New order".
  • Tekan butang “New order” di toolbar.
  • Tekan tetikus kanan pada alatan di tetingkap “Market watch” dan pilih fungsi "New order" daripada konteks menu.
  • Tekan tetikus kanan pada tetingkap "Chart" alatan kewangan, dan pilih “Trading” daripada konteks menu dan pilih “New order”.
  • Tekan tetikus kanan pada tetingkap “Trade” dan pilih "New order" daripada konteks menu yang terpapar.
Bagaimana untuk ubah atau padam pesanan/arahan di MetaTrader 4,5?

Untuk memadam atau mengubah pesanan/arahan tertunggak, tekan tetikus kanan pada pesanan yang dikehendaki di tetingkap “Trade” dan pilih “Modify or Delete order” daripada konteks menu.

Bagaimana untuk menambah alatan tambahan ke tetingkap “Market Watch” di MetaTrader 4, 5?

Jika anda tidak boleh dapati alatan di tetingkap "Market Watch", sila, tekan tetikus kanan pada salah satu alatan di tetingkap dan tekan fungsi "Symbols". Di tetingkap yang terbuka "Symbols" pilih alatan yang diperlukan di dalam senarai alatan, tekan pada alatan berikut dan tekan butang "Show".

Bagaimana untuk membuka tetingkap carta baru di MetaTrader 4 dan 5?

Terdapat beberapa kaedah untuk membuka carta baru:

  • Tekan pada File di menu utama dan pilih “New Chart.”
  • Tekan butang “New Chart” di toolbar.
  • Tekan tetikus kanan pada salah satu alatan di tetingkap Market Watch dan pilih “Chart Window”.
Bagaimana untuk mengurangkan isi padu kedudukan saya di MetaTrader 4,5?

Anda boleh mengurangkan isi padu kedudukan terbuka dengan menutup sebahagian daripadanya. Tekan tetikus kanan pada kedudukan terbuka di tetingkap “Trade”, pilih “Close Order” daripada konteks menu. Di tetingkap yang terbuka tetapkan saiz isi padu yang anda ingin tutup dan tekan butang “Close”.

Untuk MT5 itu hampir sama - klik kanan pada kedudukan terbuka Anda di tetingkap “Trade”, pilih “Modify or Delete” dari menu konteks. Di tetingkap terbuka pilih jenis “Instant Execution” kemudian tetapkan ukuran isi padu yang ingin Anda tutup dan klik butang “Close”.

Nama server mana harus dipilih di terminal mudah alih MetaTrader 4,5 untuk iOS dan Android?

Nama server bergantung pada jenis akaun anda:

  • Akaun Sebenar: IFCMarkets-Real
  • Akaun Demo: IFCMarkets-Demo
Pemindahan Dana
Bagaimana untuk melakukan deposit ke akaun dagangan?

IFC Markets menawarkan pelbagai pilihan deposit. Anda boleh mendapatkan kaedah deposit di sini.

Bagaimana untuk membuat pengeluaran dana daripada akaun dagangan?

Anda boleh menemukan kaedah pengeluaran disini.

Sila beri perhatian kaedah pengeluaran harus sama dengan kaedah deposit yang digunakan.

Berapa komisi yang dikenakan untuk deposit/pengeluaran dana?

Anda membayar komisi sistem pembayaran sahaja. Kami tidak mengenakan sebarang komisi tambahan; selain itu, untuk sesetengah sistem pembayaran kami membayar pampasan komisi sistem pembayran berikut.

Apakah kaedah deposit/pengeluaran dana terpantas?

Kaedah terpantas untuk deposit/pengeluaran dana adalah melalui sistem pembayaran online, ia hanya mengambil beberapa minit.

Dimana saya boleh dapatkan kod perlindungan web money?

Anda boleh dapari kod pelindungan untuk permohonan pengeluaran ke dompet WebMoney yang telah dilaksanakan di dalam Profile. Log masuk ke profile anda, di menu atas pilih Accounts, dan buka tab History. Di bahagian Withdrawals anda boleh dapati lajur Comments, yang mengandungi kod perlindungan.

Berapa lama masa diambil untuk memproses pemindahan wire antarabangsa?

Tempoh proses pemindahan bank bergantung pada prosedur pemprosesan bank pengirim, serta bilangan bank yang terlibat dalam pemindahan. Dalam kebanyakkan situasi, proses mengambil masa 2 sehingga 3 hari waktu berkerja. Kadangkala, apabila pemindahan wire dilakukan oleh bank yang kecil yang menggunakan beberapa bank lain untuk menyempurnakan pemindahan wire, ia berkemungkinan mengambil masa lebih lama untuk disempurnakan.

Proses transaksi kad berkemungkinan mengambil masa beberapa minit atau lebih. Proses sistem pembayaran elektronik (WebMoney dan lain-lain) berkemungkinan mengambil masa beberpa minit atau lebih.

Bolehkah saya mengeluarkan dana ke kad kredit atau debit?

Anda boleh mengeluarkan dana ke kad kredit jika dana dibiayakan menggunakan kad yang sama. Di dalam situasi masalah teknikal pengeluaran ke kad kredit, dana berikut akan dimasukkan ke dalam akaun bank Anda.

Apakah dokumen yang perlu dihantar apabila membuat deposit dengan kad kredit atau debit?

Untuk mengisi semula baki akaun daripada kad bank, profil mesti dibenarkan atau sedang menunggu pengesahan kebenaran. Sekiranya permintaan kebenaran ditolak, deposit lanjut dengan kad bank tidak akan dibenarkan - anda perlu melalui prosedur pengesahan sekali lagi. Untuk tujuan keselamatan, pihak bank mungkin memerlukan anda memberikan imbasan kedua-dua belah kad, IFC Markets mengesyorkan agar anda menutup semua digit nombor kad, kecuali 4 yang terakhir di bahagian hadapan. Kod keselamatan tiga digit di belakang kad juga mesti disembunyikan (IFC Markets tidak memerlukan kod CVV/CVC).

Untuk membenarkan profil anda, anda perlu memberikan imbasan pasport anda atau dokumen pengenalan lain, serta bukti alamat yang bertarikh tidak melebihi 6 bulan.

Bagaimana jika kad bank Saya memiliki mata wang yang berbeza dengan mata wangn baki akaun dagangan?

Ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Penafsiran akan dilaksanakan mengikut kadar penafsiran bank.

Bolehkah Saya membuat deposit atau pengeluaran 24/7?

Anda boleh membuat permohonan deposit dan pengeluaran 24/7, namun ia akan dilaksanakan ketika waktu berkerja jabatan kewangan (dari Isnin sehingga Jumaat 08:00 sehingga 20:00 (CET).

Berapa lama masa diambil untuk proses pengeluaran?

Kebiasaanya permohonan pengeluaran diproses dalam beberapa minit ketika waktu berkerja Jabatan Kewangan (Dari Isnin sehingga Jumaat 08:00 sehingga 20:00 (CET)). Namun kami menetapkan sehingga 2 hari berkerja untuk memproses permohonan pengeluaran bagi mengelakkan sebarang permasalahan.

Bolehkah saya memiliki beberapa akaun dagangan dan memindahkan dana diantara mereka?

Ya, anda boleh memiliki beberapa akaun dagangan dan memindahkan dana diantara mereka merlalui pemindahan dalaman.

Berapa kerap saya boleh membuat pengeluaran daripada akaun dagangan?

Anda boleh membuat pengeluaran sekerap mana yang dikehendaki.

Saya membuat permohonan pengeluaran akan tetapi saya masih tidak mendapat sebarang wang. Apa yang saya harus lakukan?

Jika berlaku sebarang masalah, anda perlu menghubungi Sokongan Pelanggan kami.

Berapakah minimum pengeluaran?

IFC Markets tidak mempunyai sebarang sekatan mengenai jumlah pengeluaran. Namun anda berkemungkinan mempunyai had minimum bergantung pada sistem pembayaran yang dipilih.

Adakah IFC Markets menerima deposit daripada pihak ketiga?

Tidak, IFC Markets tidak menerima deposit daripada pihak ketiga.

Mengapakah kad kredit/debit saya ditolak?

Terdapat beberapa faktor kenapa kad kredit/debit berkemungkinan ditolak. Anda berkemungkinan telah melebihi had transaksi harian atau melebihi debit/kredit yang disediakan. Selain itu, anda berkemungkian telah memasukkan digit yang tidak sama seperti yang terdapat di kad anda, misalnya nombor kad, tarikh luput, atau kod CVV, sila semak semua butiran yang dimasukkan adalah benar. Serta sila semak kad anda masih sah dan tidak luput. Akhir sekali, sila semak dengan bank anda sama ada kad anda dibenarkan untuk transaksi online dan tidak terdapat sekatan yang menghalang kami daripada mengecajnya.

Soalan umum
Apakah jenis broker IFC Markets?

IFC Markets merupakan STP broker (Straight-through processing - automatik merialisasikan transaksi dengan alatan kewangan). Ia bermakna, kami menerima sebutan daripada pembekal kecairan, dan mengumpulkan pesanan pelanggan dan pindahkannya ke pasaran mengikut kategori pasaran.

Anda boleh lihat butiran skema kami di halaman Model Pelaksanaan Pesanan.

Bilakah waktu beroperasi Jabatan Kewangan anda?

Waktu operasi Jabatan Kewangan: Isn - Jum, 07:00 hingga 19:00 , Sab - Ahad, 06:00 - 14:30(CET)

Bagaimana untuk reset kata laluan akaun dagangan yang hilang atau terlupa?

Untuk reset kata laluan akaun dagangan anda boleh gunakan borang reset kata laluan.

Bagaimana untuk mula berdagang?
  • 1. Muat turun dan pasang terminal dagangan di PC atau peranti Mudah Alih anda.

    2. Daftar Kabinet Peribadi

    Ketika pendaftaran, anda perlu mengisi ruangan dengan butiran peribadi. Selepas mengisi dan menghantar borang berikut anda perlu mengesahkan e-mel anda.

    3. Mengesahkan Kabinet Peribadi anda

    Jika anda akan membuat deposit melalui kad bank atau pengeluarana dana ke akaun bank, anda perlu mengesahkan kabinet peribadi anda, hantar salinan Dokumen Pengenalan. Ini boleh dilakukan dengan membuka tab "Profile" di Kabinet Peribadi.

    4. Buka akaun dagangan

    Untuk membuka akaun dagangan daripada Kabinet Peribadi anda perlu pergi ke tab “Accounts” dan pilih fungsi “Open a new account”. Seterusnya, isikan borang untuk membuka akaun, dimana anda perlu menyatakan jenis akaun (sebenar/demo), platform (NetTradeX/MetaTrader 4/MetaTrader 5), jenis akaun, leverage dan mata wang baki akaun.

    Akaun dagangan akan dibuka serta merta dan parameternya akan dipaparkan di halaman dalam beberapa saat. Selain itu, parameter berikut akan dihantar ke alamat e-mel anda.

    5. Tambah akaun ke platform dagangan

    a) Di platform NetTradeX

    Di menu utama terminal NetTradeX pilih “Fail”- “Tambah daftar masuk sedia ada”, masukkan log masuk anda, pilih sebenar atau demo, masukkan kata laluan anda dan nama ruang kerja (jika ia diperlukan). Di menu utama pilih “Fail”- “Sambung” dan akaun baru yang dimasukkan akan di platform dan disambungkan ke server.

    b) Di platform MetaTrader 4

    Di menu utama, terminal MetaTrader 4 pilih “File” –“Login to trade account”, masukkan log masuk, kata laluan anda dan pilih server sebenar atau demo. Tekan butang “Login”, dan akaun baru berikut akan disambung ke platform dan server.

    6. Deposit akaun dagangan

    Untuk deposit ke akaun dagangan di Kabinet Peribadi anda perlu pergi ke tab “Accounts”, pilih “My accounts” dan tekan pada butang “Deposit” dan di ruangan keperluan akaun.

    Pilih kaedah deposit daripada senarai yang terkeluar dan ikuti langkah di dalam dialog yang terpapar.

    Selepas akaun dagangan anda dibiayaai, anda boleh mula berdagang.

Bagaimana untuk mengira keuntungan atau kerugian pada kedudukan saya?

Anda boleh mengira keuntungan atau kerugian pada kedudukan anda dengan menggunakan formula berikut:

Untuk Kedudukan Beli: Untung/Rugi = Isi padu Kedudukan ? (Harga tutup - Harga buka)

Untuk Kedudukan Jual: Untung/Rugi = Isi padu Kedudukan ? (Harga tutup - Harga buka)

Anda boleh menggunakan "Kalkulator Untung/Rugi" di laman web IFC Markets.

Apa itu aras Margin?

Aras Margin merupakan hubungan jumlah baki dan untung/rugi kedudukan terbuka terhadap nilai margin. Jumlah baki dan untung/rugi kedudukan terbuka dipangil Ekuiti.

Formula unutk mengira Aras Margin0: Peratus Aras Margin = Ekuiti/Margin * 100 %

Berapa lama saya boleh memegang kedudukan?

Anda boleh memegang kedudukan seberapa lama dikehendaki untuk semua alatan. Kecuali akaun islamik, dimana kedudukan tidak boleh dipegang melebihi 14 hari.

Adakah anda mempunyai meja urusan?

Tidak, kami tidak mempunyai meja urusan. Semua pesanan secara automatik dihantar ke pembekal kecaiaran dengan model DMA/STP.

Adakah IFC Markets membenarkan scalping?

Ya, scalping dibenarkan.

Apa itu pip?

Pip adalah minimum perubahan sebutan. Pip bersamaan 0.0001 atau 0.00001 untuk majoriti alatan dagangan dengan lima atau empat titik perpuluhan (untuk pasangan dengan JPY - dengan dua atau tiga titik perpuluhan) manakala di terminal dagangan kebanyakkan syarikat pasangan mata wang major disebut dengan 5 digit selepas titik perpuluhan (untuk pasangan JPY - dengan 3 digit selepas titik). Sebutan, spread dan jarak meletakkan pesanan dikira dalam pip.

Bagaimana untuk mengubah maklumat umum (nombor telefon, dan lain-lain)?

Untuk mengubah butiran peribadi anda perlu menghantar e-mel ke sokongan pelanggan kami di [email protected]. Nyatakan butiran yang anda ingin ubah dan kata rahsia. Jika anda tidak hafal kata rahsia, sertakan bersama Dokumen Pengenalan anda.

Apa itu “gap”?

Gap merupakan perpecahan diantara harga yang berlaku oleh kerana peningkatan atau penurunan kadar yang mendadak.

Apa yang akan berlaku jika saya meningalkan kedudukan semalaman?

Untuk kebanyakkan alatan apabila kedudukan dibuka sehingga tamat hari dagangan, akaun anda sama ada akan dikreditkan atau dikenakan Swap untuk kedudukan berikut, bergantung kepada kadar faedah untuk pinjaman aset dasar dan sebutan (currency) pada pasaran antara bank.

Untuk pengiraan Swap pada pasangan mata wang syarikat kami menggunakan LIBID/LIBOR kadar antara bank dan kadar pasaran pinjaman duit. Kami menyediakan swap khas untuk alatan bukan mata wangn dan sifar swap untuk akaun Islamik. Untuk maklumat lanjut mengenai Swap unutk pasangan mata wang, sila lihat halaman Kadar Swap.

Kadar swap semasa untuk mana-mana alatan kewangan boleh didapati di halaman Spesifikasi alatan.

Adakah IFC Markets mengikut piawaian?

IFCMARKETS. CORP. dilesenkan oleh British Virgin Islands Financial Services Commission (BVI FSC).

Apa yang Saya perlu lakukan jika Ekuit akaun dagangan saya telah menjadi negatif?

Jika Ekuit akaun dagangan pelanggan bersamaan negatif oleh kerana operasi dagangan, ia bermakna pelanggan telah berhutang dengan Syarikat, pelanggan berikut wajib membayar hutang berikut. Selain itu, pelanggan mempunyai hak untuk menghantar permohonan ke Sokongan Pelanggan untuk operasi pada akaun untuk membetulkan Ekuiti ke zero. Permohonan berikut akan diambil kira dalam masa terdekat.

Mengapa Ambil Keuntungan saya tidak dilaksanakan, walaupun harga pada carta mencapai aras arahan/pesanan ?

Misalnya, anda telah membuka kedudukan Jual dan meletakkan arahan Ambil Keuntungan. Perhatian, jika menjual alatan dagangan, kita membuka kedudukan Jual pada harga Bidaan (carta di terminal dagangan dibuat berdasarkan pada harga Bidaan). Penutupan kedudukan pendek bermakna pembukaan kedudukan Beli, oleh itu, setiap kedudukan Jual boleh ditutup hanya dengan kedudukan Beli yang bertentangan. Pembukaan kedudukan Beli dilaksanakan pada harga Diminta (Spread lebih tinggi daripada harga Bidaan). Arahan Ambil Keuntungan di dalam situasi anda bermakan Beli, ia dilaksanakan pada harga Diminta. Dalam situasi ini, harga Bidaan pada carta telah mencapai aras Arahan Ambil Keuntungan, namun harga Diminta masih berada di atas aras berikut.

Mengapa Arahan Henti Kerugian saya dilaksanakan, walaupun harga pada carta tidak mencapai aras arahan Henti Kerugian?

Misalnya, anda membuka kedudukan Jual dan menetapkan Henti Kerugian. Perhatian ketika menjual alatan dagangan, kita membuka kedudukan Jual pada harga Bidaan (carta di terminal dagangan dibuat berdasarkan pada harga Bidaan). Penutupan kedudukan pendek bermakna membuka kedudukan Beli, setipa keduduakn Jual boelh ditutup dengan hanya membuka kedudukan Beli. Pembukaan kedudukan Beli dilaksanakan pada harga Diminta (Spread lebih tinggi daripada harga Bidaan). Arahan Henti Kerugian untuk kedudukan Jual bermakna Beli, oleh itu ia dilaksanakan pada harga Diminta. Di dalam situasi anda harga Bidaan pada carta tidak mencapai aras Arahan Henti Kerugian, namun harga Dimint telah mencapai aras berikut, oleh itu arahan berikut dilaksanakan.

Apa itu Kabinet Peribadi?

Kabinet Peribadi merupakan bahagian yang mentakrifkan pelanggan dan hanya tersedia untuknya. Ia termasuk data peribadi, akaun sedia ada dan maklumat penting lain. Di sini pelanggan boleh membuka akaun Demo atau sebenar, deposit dan membuat permohonan pengeluaran dan membuat perubahan. Anda boleh mendaftar Kabinet Peribadi di laman web kami.

Adakah dana Saya diinsirunkan oleh syarikat?

FCMARKETS. CORP. membawa Insurans Indemniti Profesional daripada Hamilton Group's Syndicate 4000, 100% sindiket Lloyd sijil insurans.

Dana anda dipisahkan dari dana syarikat di akaun bank yang berasingan dan tidak boleh digunakan oleh syarikat untuk tujuan lain kecuali menyediakan margin untuk perdagangan anda di pasaran kewangan.

Bagaimana untuk mengelakkan sebutan semula?

Dalam situasi tinggi kadar turun nai selepas penerbitan sebarang berita atau sambungan internet yang lemah, sebutan semula berkemungkinan berlaku (pemabatalan pelaksanaan pesanan/arahan dan menawarkan harga baru), oleh kerana harga berubah dengan ketara ketika permohonan sedang diproses daripada terminal pelanggan ke server syarikat. Untuk mengelakkan sebutan semula apabila membuat pesanan/arahan anda perlu menetapkan maksimum sisihan yang dibenarkan - sishan yang dibenarkan daripada harga ynag dipohon. Ketika menetapkan sisihan pesanna akan dilaksanakan pada harga semasa, jika perbezaan diantara haraga dipohon dan harga semasa kurang daripada sisihan yang ditetapkan.

Di platform NetTradeX sisihan ditetapkan di dalam pip di tetingkap Transaksi.

NetTradeX Platform - How to avoid a requote

Di platform MetaTrader 4 sishan ditetapkan ditetingkap yang sama.

MetaTrader 4 - How to avoid a requote

Di MetaTrader 5 sisihan ditetapkan di tetingkap yang sama.

MetaTrader 5 - How to avoid a requote

Bersedia untuk memulakan dagangan?

Pengguna korporat klik di sini
Individual
Hanya abjad latin
Close support
Call to Skype Call to messenger Call to telegram Call to WhatsApp Call Back